Tuesday, 5 March 2013

MAJLIS PENGGAMBARAN RTM1 KOMUNITI 1 MALAYSIA (K1M), KAMPUNG LAKLOK, MACHANG, KELANTAN

Suasana penggambaran.
      Program Penggambaran RTM1 Komuniti 1 Malaysia (K1M) di Kampung Laklok, Machang Kelantan selama 3 hari yang bermula pada 15.02.2013 hingga 17.02.2013. Program Penggambaran tersebut dilaksanakan oleh kru-kru RTM1 Angkasapuri Kuala Lumpur seramai 6 orang yang mana selaku ketua penerbit adalah Raja Maria bersama wartawan RTM iaitu Farah.
 
   Pada 15.02.2013 (Jumaat) hari pertama, program gotong royong bersama penduduk setempat diadakan di Kampung Jakar dan Pangkal Chuit yang bermula pada jam 9.00 pagi. Program gotong royong tersebut mendapat sambutan yang baik dari penduduk setempat. Pada jam 10.00 pagi, taklimat K1M diadakan bertempat di Dewan Terapung Kg Laklok oleh Pengerusi majlis, Tg Ghazali Tg Jusoh.Pada sebelah petang pula, kru-kru RTM membuat liputan Penggambaran ke Projek K1M Kg Laklok, antaranya,

  • Projek Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
  • Bengkel Jahitan
  • Projek Ternakan Burung Hiasan
  • Projek Itik Air Tawar
  • Anjung Bestari
  • Home Stay Laklok ( 3 Buah Rumah Homestay )
  • Projek Pertanian Organik
      Pada hari kedua 16.02.2013 (Sabtu), kru-kru RTM bersama-sama mengambil bahagian serta membuat penggambaran di Majlis Pelancaran Program COMBI ( Kempen Cara Hidup Sihat) yang bertempat di Dataran GDW Kg Laklok. Mereka juga mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang telah diadakan seperti Senamrobik, Berjalan 10,000 Langkah, Pemeriksaan Kesihatan dan Cabutan Bertuah. Majlis Pelancaran Program COMBI tersebut telah dirasmikan oleh Dr. Che Ghani Che Soh, Pegawai Kesihatan Daerah Machang. Pada sebelah petang, bermula jam 5.00 petang, perlawanan bolasepak berpakaian tradisional diadakan. Acara tersebut mendapat sambutan tidak kira lelaki mahupun perempuan, tua dan muda.Acara bolasepak tersebut juga turut disertai oleh wartawan RTM (Farah).

Pada hari ketiga program, 17.03.2013 (Ahad), Pesta Sukan Rakyat K1M diadakan, antara acara yang dipertandingkan adalah pertandingan memancing, congkak dan pertandingan Batu Seremban. Dihari kemuncak Program Penggambaran RTM 1 K1M, majlis penutup bermula jam 9.00 malam. Majlis tersebut turut dihadiri oleh En. Rashid , Pengarah Jabatan Penerangan Daerah Machang. Untuk selingan di majlis penutup tersebut tetamu dihiburkan dengan persembahan kumpulan nasyid dari Kg Laklok. Selepas itu majlis penyampaian hadiah yang disampaikan oleh En. Rashid dan diiringi oleh Tg Ghazali Tg Jusoh kepada peserta pemenang pertandingan memancing, peserta perlawanan bolasepak lelaki dan perempuan. Turut mendapat hadiah juga bagi' peserta paling popular' ( berpakaian pelik) dan 'Baby Sporting' sepanjang program tersebut. Majlis penutup diakhiri dengan tayangan video perlawanan bolasepak dan jamuan ringan...... SEKIAN WASSALAMMM.....

JOM PAKAT TENGOK......


BYE.......


No comments:

Post a Comment