Saturday 17 August 2013

PERTANDINGAN PIDATO & PENGISAHAN KENEGARAAN 1 MALAYSIA DAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2013

Pentas Dewan Bunga Raya, Kampung Laklok.

Acara Pertandingan Pidato & Pengisahan Kenegaraan 1 Malaysia dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Kelantan 2013 telah diadakan pada 17 Ogos 2013 (Sabtu) bertempat di Dewan Bunga Raya Kampung Laklok, Machang Kelantan. Program ini dianjurkan Jabatan Penerangan Negeri Kelantan.


Atur Cara Majlis bermula pada jam 5:00 petang dengan Jamuan Hari Raya Aidilfitri serta lapor diri bagi Peserta Pidato & Pengisahan. Pada Jam 8:00 malam jamuan makan malam bagi para peserta. Acara bermula pada jam 8:30 malam dengan Persembahan Dikir Barat, Nyanyian artis jemputan, Pertandingan Pidato, Cabutan nombor bertuah & Pertandingan Pengisahan.

Pada Jam 11:00 malam ketibaan wakil Ahli Parlimen Machang untuk merasmikan majlis, diikuti dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Doa Selamat, Ucapan dari Tuan Haji Ramly Bin Yusoff, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan, Ucapan dari Eriandi Datuk Ismail, Ketua Pergerakan Umno Bahagian Machang, Penyampaian hadiah, Cabutan Nombor Bertuah, majlis bersurai pada jam 12:30 malam.

Persembahan Dikir Barat Seni Budaya Machang.

Dif-Dif Kehormat..

Para barisan Juri Hakim.

Taklimat diberikan sebelum pertandingan bermula.

Para Penonton & Peserta.

Para Penonton & Peserta.

Wakil dari Jabatan Penerangan Kelantan, Alias Awang Kecik bergambar bersama peserta, beliau yang juga merupakan anak jati Kampung Laklok.


Persediaan peserta sebelum pertandingan bermula.


Peserta Pidato dari Machang


Peserta Pidato dari Kota Bharu

Peserta  Pidato dari Gua Musang



Peserta Pengkisahan dar Kuala Krai


Peserta Pengkisahan dari KG KITO...

Pertandingan Pengkisahan, Wakil dari Machang.

ORe KiTo....


Ucapan dariEriandi Datuk Ismail, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Machang.

Ucapan Dari Tuan Haji Ramly Bin, Yusoff, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan.


Bunga Api Merdeka...


Penyampaian hadiah cabutan bertuah.
Antara Penerima Cabutan Bertuah 'Grand Stand"...
 DAPAT TV LED!!!...

Tempat ke-3 Berpidato

Johan Berpidato


Naib Johan Berpidato

Pemenang Bagi Pertandingan Berpidato.


Tempat Ke-3 Pengkisahan


Johan Pengkisahan


Tahniah semua.....


DAPAT NAIB JOHAN TUUU!!!....

Pemenang Pertandingan Pengkisahan






Tuesday 16 July 2013

MAJLIS PELANCARAN PERASMIAN PENUTUP PROGRAM COMBI-CHS KG LAKLOK & PELANCARAN HARI KESIHATAN SEDUNIA 2013 (TEKANAN DARAH TINGGI)



ATURCARA MAJLIS
 PENGENALAN HARI KESIHATAN SEDUNIA 2013


  •  Hari Kesihatan Sedunia 2013 bertemakan "Tekanan Darah Tinggi" dan memfokuskan mengenai kesedaran mengurangkan kadar serangan jantung dan angin ahmar.


OBJEKTIF KEMPEN

  1. Meningkatkan kesedaran punca dan akibat tekanan darah tinggi.
  2. Menyediakan maklumat mengelakkan tekanan darah tinggi dan komplikasi berkaitan.
  3. Menggalakkan orang dewasa melakukan tekanan darah dan mengikut nasihat penjagaan yang betul.
  4. Meningkatkan penjagaan diri untuk mengelakkan tekanan darah tinggi.
  5. Membuat pengukuran tekanan darah bersesuaian fungsi tubuh badan.
  6. menggalakkan pihak berkuasa diperingkat kebangsaan dan tempatan mewujudkan persekitaran sihat.

PENGENALAN COMBI CARA HIDUP SIHAT

  • COMBI ialah singkatan bagi " Communication for Behavioural Impact" atau "Komunikasi untuk Perubahan Tingkah Laku". Program ini merupakan pendekatan yang menggabungkan pelbagai kaedah komunikasi bagi penyertaan individu dan keluarga dalam memberi pertimbangan terhadap tingkah laku kesihatan yang dishorkan dan menggalakkan penerimaan dan pengekalan tingkah laku tersebut.
OBJEKTIF PROGRAM

  • Menggerakkan individu dan ahlu keluarga dalam komuniti untuk terlibat dalam usaha pencegahan dan kawalan penyakit tidak berjangkit ( NCD )
  • Mewujudkan rasa tanggungjawab sesama ahli dalam komuniti terhadap penjagaan kesihatan mereka sendiri.
  • memperkasa komuniti dengan kemahiran amalan aktiviti fizikal, pemakanan sihat, pupuk minda sihat, taknak merokok dan menjauhi alkohol.

Majlis Pelancaran Perasmian Penutup Program COMBI-CHS Kg Laklok & Pelancaran Hari Kesihatan Sedunia 2013( Tekanan Darah Tinggi).


Majlis Perasmian Penutup ini telah diadakan pada 6 Jun 2013 (sabtu) bertempat di GDW Kg Laklok, Machang Kelantan. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj Ahmad Jazlan b. Datuk Hj Yaakub, Ahli Parlimen Machang.
Program ini telah dilancarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Machang pada awal tahun dahulu. Jawatankuasa program ini adalah dibawah naungan Dr Hj Che Ghani Che Soh, Pegawai Kesihatan Daerah Machang, dipengerusikan oleh Dr Nadia Bt Abd Hadi Pegawai Perubatan Batu 30 dan setiausaha program adalah En Azman Bin Abd Aziz dan Mohd Hanif Bin Hassan, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (UPK&NCD) serta beberapa orang ahli jawatan kuasa yang turut menjayakan program tersebut.

Majlis bermula dengan Pendaftaran peserta pada jam 7:30 pagi dan sarapan pagi. Pada jam 8:30 pagi taklimat ringkas program diadakan oleh pihak penganjur. Program seterusnya bermula dengan senamrobik, pemeriksaan kesihatan/pameran kesihatan dan cabutan bertuah.

Pada jam 9:30 pagi berlangsungnya acara bolasepak vateran antara Kg Laklok vs PKD Machang. Pasukan tuan rumah terpaksa akur dengan kekalahan 0-3 kepada pihak lawan.

Jam 10:30 pagi Ceramah cara Hidup Sihat disampaikan oleh Dr Norzaihan Bt Hassan- FMS KK Pulai Chondong, Machang.

Seterusnya pada jam 11:30 pagi menyambut ketibaan tetamu dan Dif2 Kehormat iaitu YB Datuk Hj Ahmad Jazlan Bin Datuk Hj Yaakub, Ahli Parlimen Machang.

Pada jam 12:00 tengahari ucapan olehPengerusi COMBI-CHS iaitu YM Tg Ghazali Bin Tg Jusoh dan ucapan Pengerusi Jawatankuasa Program oleh Dr Che Ghani Bin Che Soh, Pegawai Kesihatan Daerah Machang. Seterusnya Ucapan Perasmian Penutup Program COMBI disampaikan oleh YB Datuk Hj Ahmad Jazlan Bin Hj Yaakub, Ahli Parlimen Machang. Beliau juga turut menyampaikan Anugerah dan Hadiah kepada peserta serta hadiah untuk cabutan bertuah. Sebelum berhenti rehat tengahari Majlis santai Bersama YB Datuk Hj Ahmad Jazlan serta jamuan makan tengahari bertempat di Santai Merdeka.

Acara berakhir dengan pelepasan Berjalan Kaki 10,000 Langkah mengelilingi kampung pada jam 3:00 petang, kemudian sambungan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah diadakan, serta minum petang dan majlis bersurai pada jam 5:00 petang.


Senaman Erobik


Pertandingan bolasepak 9 sebelah, pasukan vateran Kg Laklok vs PKD Machang.
Pasukan tuan rumah terpaksa akur dengan kekalahan 0-3 kepada pasukan pelawat.

Pemeriksaan Pergigian


Pemeriksaan Kesihatan

Peserta Program COMBI

Ceramah Cara Hidup Sihat disampaikan oleh Dr Norzaihan Binti Hassan - FMS

Ketibaan Tetamu/ Dif Kehormat
Memotong kek sebagai gimik perasmian penutup.

Ucapan Pengerusi COMBI-CHS
YM Tg Ghazali Bin Tg Jusoh

Ucapan Pengerusi Jawatankuasa Program Oleh Dr. Che Ghani Bin Che Soh
( Pegawai Kesihatan Daerah Machang)

Pameran Kesihatan

Pameran Kesihatan

Kaunter Pendaftaran Peserta

Menyambut Ketibaan YB Datuk Hj Ahmad Jazlan Bin Datuk Hj Yaakub

Ucapan Perasmian OlehYB Datuk Hj Ahmad Jazlan Bin Datuk Hj Yaakub
(Ahli Parlimen Machang)

Antara hadiah yang ditawarkan untuk pemenang CABUTAN BERTUAH..


Majlis dipengerusikan oleh Pn Mahiza Bt Mohd Noor

YB Datuk Hj Ahmad Jazlan menyampaikan hadiah kepada  pemenang cabutan bertuah.

Pemenang Cabutan PALING BERTUAH.....

Penyampaian cenderahati  kepada YB.

Antara Pemenang Pertandingan Bolasepak Liga L

Jamuan makan tengahari , GULAI KAWAH...


Jom Makan Aiskrim

BERJALAN 10,000 LANGKAH

Pemenang  PERTANDINGAN MASAKAN SIHAT...


Pemenang  PERTANDINGAN MASAKAN SIHAT...

Kami mewakili warga LAKLOK mengucapkan RIBUAN TERIMA KASIH kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini, Agensi-agensi dan Jabatan-jabatan yang terlibat terutamanya kepada anggota Pejabat Kesihatan Daerah Machang dan Klinik Kesihatan Batu 30, Peserta-peserta yang terlibat, Jawatankuasa Program yang menjayakan Majlis ini, serta tidak lupa juga kepada yang memberi sumbangan sepanjang program ini. Insyaallah kami akan teruskan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan bersama. Sekian Wassalam..