Saturday 12 January 2013

LAWATAN DATUK SERI MUSTAPA MOHAMED KE GDW KAMPUNG LAKLOK PADA 11.01.2013


Datuk Seri Mustapa Mohamed juga memberi ucapan sebelum majlis penyampaian hadiah kepada pemain bolasepak.
Pengerusi JKKK GDW Kg Laklok, Tengku Ghazali Tengku Jusoh bergambar bersama Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Machang, Eriandi Datuk Ismail selepas majlis jamuan ringan di Santai Merdeka.

 Pertandingan Bolasepak antara Kg Laklok dan Kg Banggol Kulim. Sebanyak 6 pasukan mengambil bahagian dan dijuarai oleh pasukan Banggol Kulim yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM200. Pasukan Kg Laklok berjaya mendapat tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM100. Setiap pasukan yang mengambil bahagian menerima hadiah saguhati dan majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Dato Seri Mustapa Mohamed.
Program ini juga turut disambut oleh pemuda-pemuda dan penduduk Kg Laklok, Kg Bunut dan Kg Banggol Kulim.



Menanti Ketibaan Datuk Seri.
Lawatan Datuk Seri diiringi oleh konvoi motosikal,
Ketibaan Datuk Seri, bersalaman dengan pemuda-pemuda dan penduduk kampung.
Turut sama menjayakan program ini adalah Ketua Umno Bahagian Machang Datuk Ahmad Jazlan Datuk Yaakub, Naib Ketua Umno Bahagian Machang Wan Mohd Adnan Wan Aziz,Ketua Pergerahan Umno Bahagian Machang Eriandi Datuk Ismail dan Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Machang, Syamsuriani Ismail.
 Majlis dipengerusikan oleh Tg Ghazali Tg Jusoh, majlis tersebut juga didahului dengan nyanyian Lagu Negaraku.
 Ucapan dari Datuk Ahmad Jazlan Datuk Yaakub
Majlis diAminkan doa oleh Pakda Mud...




Majlis penyampaian hadiah kepada pemain bolasepak.
Program tersebut dipengerusikan oleh Tg Ghazali Tg Jusoh dan dibantu oleh AJK sukan iaitu Pok Chek dan Mat 6.
Sidang Media.
Ketibaan Datuk Seri.

No comments:

Post a Comment