Monday 18 March 2013

MAIN PUTERI


Main Puteri @ Main TTeri di Kg Laklok, Machang pada 12.03.2013.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Main Puteri dianggotai oleh dua watak utama iaitu Tuan Puteri dan Tok Minduk yang bermain rebab dan diiringi oleh paluan gendang ibu dan anak. Ketika Tuan Puteri lupakan diri, semangat halus akan meresap kedalam tubuh Tuan Puteri dan tok minduk akan menyoal makhluk halus tersebut untuk memastikan punca penyakit.
Main Puteri akan dimainkan selama satu sehingga tiga malam untuk tujuan berubat penyakit disebabkan oleh rasukan makhlus halus, hilang semangat, ketidak seimbangan tenaga dalaman, dan juga oleh gangguan angin (kehendak yang tidak dipenuhi) Main Puteri diiringi oleh peralatan muzik sama dengan Mak Yong seperti rebab (alat muzik bertali tiga),.gendang dua kepala, dan tetawak.

BUDAYA: MAIN TTERI ( MAIN PUTERI )


Permulaan acara Main Puteri.
Main Teri merupakan salah satu perubatan tradisi yang amat popular dan diamalkan oleh masyarakat Melayu Kelantan-Pattani sejak beberapa abad yang lampau.
Di kalangan Tok Teri (Ketua kepada kumpulan Main Teri) sendiri terdapat beberapa pandangan yang berbeza mengenai sejarah dan asal-usul Main Teri.
Ada yang menganggap Main Teri telah bermula sejak zaman cucunda Nabi, iaitu Hassan dan Hussein dan perkataan 'Teri' itu dirujuk kepada puteri nabi, Siti Fatimah.
Terdapat juga Tok Teri yang menghubungkan Main Puteri dengan Puteri Saadong, seorang tokoh legenda dalam tradisi lisan rakyat Kelantan.
Pandangan yang lain pula merujuk kepada kuih puteri mandi, kerana kuih itu disediakan sebelum upacara Main Teri dilangsungkan.
Manakala pendapat yang lain lagi menghubungkan Main Teri dengan hubungan jiwa dan rosak, iaitu tradisi perubatan untuk mematerikan iaitu menyatukan roh dan jiwa yang sakit.
Dalam perubatan tradisi Main Teri terdapat gabungan antara unsur Islam dengan unsur magis dan ritual.
Selepas sahaja upacara 'baca kenduri' yang sebutan bacaannya bercampur antara ayat-ayat al-Quran dengan jampi dan mantera, Tok Teri akan tampil di depan para pemuzik dan pesakit yang akan diubati.
Khalayak akan menyaksikan upacara menurun yang benar-benar terjadi di hadapan mereka. Pesakit akan diseru dan dibangkitkan angin dari dalam dirinya dan angin sakit itu akan dipindahkan ke dalam diri Tok Teri yang bertindak sebagai pengantara.
Tok Teri akan bersoal jawab dengan Tok Minduk. Melalui soal jawab antara Tok Teri dengan Tok Minduk inilah rahsia penyakit yang dideritai oleh pesakit akan diketahui.


Tok Teri sebagai pengantara untuk mengetahui rahsia penyakit yang dideritai oleh pesakit.

Semasa proses perubatan ini Tok Teri akan berubah-rubah perwatakannya, seperti menjadi orang cacat, bercakap sengau, menjadi bengis dan garang, menjadi budak terencat akal, menjadi orang tua nyanyuk dan pelbagai watak lain untuk menceritakan kekusutan jiwa pesakit.
Pada bahagian ini khalayak dapat menyaksikan bagaimana aspek lakonan terbentuk semasa Main Teri dan karakter-karakter ini pasti mencuit hati sehingga mencetuskan gelak-ketawa.
Tok Teri akan meminta pemuzik yang mengiring memainkan pelbagai lagu mengikut jiwa pesakit.
Elemen muzik dan unsur nyanyian ini menuntut keupayaan Tok Teri bagi mengalunkan pelbagai lagu dan rentak.
Lagu-lagu itu seperti lagu paluan bertabuh dalam wayang kulit, kemudian beralih kepada lagu dalam makyung sekiranya pesakit ada kaitan penyakitnya dengan angin Dewa Muda.
Pada masa dulu dikatakan lebih 50 buah lagu dalam Main Teri, namun hari ini, tidak sampai 10 buah lagu 'gerak teri' yang masih dimainkan. Antara lagu-lagu yang lazim dinyanyikan adalah Kijang Mas, Lagu Mengulit, Lagu Pendekar, Lagu Cik Muda, Lagu Menora, Lagu Cik Kojo dan Lagu Abe.
Semasa proses perubatan dengan bacaan jampi dan mantera, bertih iaitu padi yang dibakar atau goreng, dan beras kunyit akan ditaburkan kepada sekeliling bangsal tempat persembahan.
Tok Teri akan menjadi lupa melalui proses 'menurun' yang dilakukan dengan iringan muzik oleh awak-awak atau disebut juga sebagai panjak. Gelengan kepala Tok Teri akan semakin kuat pusingannya mengikut rentak muzik yang dimainkan oleh para panjak.
Ketika inilah pesakit yang sedang berlunjur atau terbaring itu akan bangun menari mengikut paluan muzik oleh panjak-panjak.



Tuesday 5 March 2013

MAJLIS PENGGAMBARAN RTM1 KOMUNITI 1 MALAYSIA (K1M), KAMPUNG LAKLOK, MACHANG, KELANTAN

Suasana penggambaran.
      Program Penggambaran RTM1 Komuniti 1 Malaysia (K1M) di Kampung Laklok, Machang Kelantan selama 3 hari yang bermula pada 15.02.2013 hingga 17.02.2013. Program Penggambaran tersebut dilaksanakan oleh kru-kru RTM1 Angkasapuri Kuala Lumpur seramai 6 orang yang mana selaku ketua penerbit adalah Raja Maria bersama wartawan RTM iaitu Farah.
 
   Pada 15.02.2013 (Jumaat) hari pertama, program gotong royong bersama penduduk setempat diadakan di Kampung Jakar dan Pangkal Chuit yang bermula pada jam 9.00 pagi. Program gotong royong tersebut mendapat sambutan yang baik dari penduduk setempat. Pada jam 10.00 pagi, taklimat K1M diadakan bertempat di Dewan Terapung Kg Laklok oleh Pengerusi majlis, Tg Ghazali Tg Jusoh.Pada sebelah petang pula, kru-kru RTM membuat liputan Penggambaran ke Projek K1M Kg Laklok, antaranya,

  • Projek Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
  • Bengkel Jahitan
  • Projek Ternakan Burung Hiasan
  • Projek Itik Air Tawar
  • Anjung Bestari
  • Home Stay Laklok ( 3 Buah Rumah Homestay )
  • Projek Pertanian Organik
      Pada hari kedua 16.02.2013 (Sabtu), kru-kru RTM bersama-sama mengambil bahagian serta membuat penggambaran di Majlis Pelancaran Program COMBI ( Kempen Cara Hidup Sihat) yang bertempat di Dataran GDW Kg Laklok. Mereka juga mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang telah diadakan seperti Senamrobik, Berjalan 10,000 Langkah, Pemeriksaan Kesihatan dan Cabutan Bertuah. Majlis Pelancaran Program COMBI tersebut telah dirasmikan oleh Dr. Che Ghani Che Soh, Pegawai Kesihatan Daerah Machang. Pada sebelah petang, bermula jam 5.00 petang, perlawanan bolasepak berpakaian tradisional diadakan. Acara tersebut mendapat sambutan tidak kira lelaki mahupun perempuan, tua dan muda.Acara bolasepak tersebut juga turut disertai oleh wartawan RTM (Farah).

Pada hari ketiga program, 17.03.2013 (Ahad), Pesta Sukan Rakyat K1M diadakan, antara acara yang dipertandingkan adalah pertandingan memancing, congkak dan pertandingan Batu Seremban. Dihari kemuncak Program Penggambaran RTM 1 K1M, majlis penutup bermula jam 9.00 malam. Majlis tersebut turut dihadiri oleh En. Rashid , Pengarah Jabatan Penerangan Daerah Machang. Untuk selingan di majlis penutup tersebut tetamu dihiburkan dengan persembahan kumpulan nasyid dari Kg Laklok. Selepas itu majlis penyampaian hadiah yang disampaikan oleh En. Rashid dan diiringi oleh Tg Ghazali Tg Jusoh kepada peserta pemenang pertandingan memancing, peserta perlawanan bolasepak lelaki dan perempuan. Turut mendapat hadiah juga bagi' peserta paling popular' ( berpakaian pelik) dan 'Baby Sporting' sepanjang program tersebut. Majlis penutup diakhiri dengan tayangan video perlawanan bolasepak dan jamuan ringan...... SEKIAN WASSALAMMM.....

JOM PAKAT TENGOK......


BYE.......


Monday 4 March 2013

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM COMBI CARA HIDUP SIHAT PERINGKAT DAERAH MACHANG 2013

Ketibaan jemputan. Dari kiri Dr. Nadia, Tg Ghazali, Dr.Che ghani dan Dr



 Majlis Pelancaran Combi Cara Hidup sihat Peringkat Daerah Machang 2013 telah diadakan di Kampung Laklok, Machang Kelantan pada 16 Februari 2013. Majlis dirasmikan oleh Dr. Che Ghani Bin Che Soh (A.S.K) (A.M.N) Pegawai Kesihatan Daerah Machang. Program tersebut adalah anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Machang. Majlis pelancaran tersebut juga turut dihadiri oleh Dr. Nadia Bt Hadi (Pegawai Perubatan KK Batu 30) sebagai Pengerusi Teknikal COMBI bersama team kesihatan dari Klinik Kesihatan Batu 30 dan Pejabat Kesihatan Daerah Machang.Antara acara pada hari pelancaran tersebut adalah Senamrobik, Berjalan 10,000 Langkah ,Cabutan Bertuah dan penyampaian Sijil Perlantikan AJK dan Promoter.
Bacaan doa oleh Abd Razak Teh.
Pemeriksaan kesihatan.
Pn. Mahiza Md Noor memberikan kata-kata aluan untuk pembukaan majlis,
Program COMBI ini bermula dari Bulan Januari hingga Jun 2013 iaitu selama 6 bulan.Sepanjang tempoh tersebut akan diadakan aktiviti seperti Senamrobik, Berjalan 10,000 Langkah dan Pemakanan Sihat.
Pelepasan peserta Berjalan 10,000 langkah.
Majlis tersebut diperngerusikan oleh Tg Ghazali Tg Jusoh, bacaan doa oleh Ab Razak Teh dan bacaan ikrar oleh En. Dahlan serta ucapan-ucapan daripada ketua program Dr. Nadia Abd Hadi, Tg Ghazali Tg Jusoh dan ucapan perasmian program oleh Dr Che Ghani.
Pemeriksaan Kesihatan












 Pada hari pelancaran tersebut, selepas proses pendaftaran, para tetamu atau peserta disediakan sarapan pagi dan  bermula jam 8.00pg diadakan senamrobik yang dikendalikan oleh staff dari Pejabat Kesihatan Daerah Machang. Selepas senamrobik  acara berjalan 10,000 langkah bermula mengeliling Kg Laklok sejauh 7KM. Sepanjang  perjalanan, para peserta disediakan minuman ringan.Acara  berjalan tersebut mendapat sambutan yang baik dari penduduk setempat tidak kira tua dan muda.Setelah selesai berjalan, peserta berehat dan berkumpul didewan terapung untuk ucapan perasmian dan Gimik pelancaran program dengan melepaskan belon. Majlis diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang berjalan 10,000 langkah mengikut kriteria iaitu 5 tempat pertama untuk kanak-kanak, 5 untuk peserta dewasa dan 5 hadiah untuk peserta wargaemas seta hadiah bagi cabutan bertuah.Sebelum bersurai para tetamu dan peserta disediakan makan tengahari.....
Bacaan Ikrar oleh En. Dahlan B. Ruman.

Ucapan alu-aluan daripadaPengerusi majlis, Tg Ghazali Tg Jusoh

Ucapan Perasmian program dari Dr. Che Ghani

Senamrobik
Gimik Pelancaran Program dengan melepaskan belon.
Tg Ghazali menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.
Tg Ghazali menyampaikan cenderahati kepada Dr.Che Ghani.