Tuesday, 25 September 2012

Aktiviti Kami

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Kg.Laklok......
1) Pertandingan Bola Sepak Campuran..









2) Sukaneka....


3) Pertandingan Mewarna Tadika Kemas







PENCAPAIAN KAMPUNG LAKLOK SEBAGAI KAMPUNG TRADISI SEMPENA PERTANDINGAN KECERIAAN MERDEKA PERINGKAT KEBANGSAAN 2012.




GDW LAKLOK MUNCUL JOHAN KAMPUNG TRADISI


     Kampung Gerakan Daya Wawasan (GDW) Laklok, berjaya memenangi tempat pertama dalam kategori Kampung Tradisi dan Pintu Gerbang dalam Pertandingan Keceriaan Merdeka Peringkat Negeri Kelantan 2012.
     Pengerusinya, Tengku Ghazali Tengku Jusoh berkata, kejayaan tersebut menjadi pendorong kepada penduduk kampung, untuk terus bekerja keras bagi sama-sama membangunkan kampung.
     Pertandingan seumpama itu bukan sahaja mampu menggalakkan penduduk menceriakan kampung, juga mampu memberi pendedahan mengenai pelbagai aspek kepada orang ramai.
     Hubungan yang erat antara masyarakat dan kakitangan kerajaan melalui penyertaan pertandingan seumpama ini mampu mengubah pandangan dan membuka minda penduduk.
     "Saya berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu kejayaan ini. Kami tidak akan berhenti disini, sebaliknya akan terus bekerja keras pada masa akan datang", katanya selepas Majlis Malam Anugerah Pertandingan Keceriaan Merdeka dan Malam Media 1 Malaysia Peringkat Negeri.
     Hadiah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapa.
     Tengku Ghazali berkata, penglibatan dalam pelbagai pertandingan banyak membantu memajukan penduduk dan kampung tersebut. Penduduk mula mengusahakan tanaman organik, terlibat dalam industri kecil dan ringan serta banyak lagi program dalam usaha menambahkan pendapatan.

Pintu Gerbang Bertema

Inilah pintu gerbang yang telah diiktiraf sebagai Johan Pintu Gerbang Bertema Kebangsaan peringkat Negeri Kelantan..


Saturday, 22 September 2012

hot from the oven



Baru- baru ini, kampung ini telah dinobatkan sebagai Johan Kampung Tradisi sempena Perayaan hari kemerdekaan kali ke 55 peringkat negeri Kelantan.. Alhamdulillah, berkat usaha dari semua warga Laklok tak kira kecil besar, tua dan muda..

NEGARAKU..... TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.......


Selamat Datang ke kampung kami..



Di Mana Lokasi GDW Laklok?

GDW Laklok terletak di KM 52 Jalan Kuala Krai-Machang-Kota Bharu.. Antara landmark kami yang terkenal ialah Pintu Gerbang yang gah berdiri di laluan utama masuk ke kampung ini..
kampung ini juga terletak lebih kurang 1 kilometer dari SK Kampong Pek dan Restoren Hj Ramli atau sekarang ini dikenali sebagai Mee Kampong Pek (induk)..

Mukaddimah

Assalamualaikum wbt....
Selamat datang ke blog GDW Laklok..
Tak kenal maka tak cinta..Mungkin itulah perumpamaan yang paling tepat untuk kita mulakan salam perkenalan pada semua yang sudi menjenguk blog ini..

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya blogger baru belajar,
Komen anda saya harapkan..

Mungkin masih ramai lagi antara kita yang masih belum mengenali kampung ini.. Dengan Teknologi tanpa sempadan pada hari ini, kita gunakan sepenuhnya kemudahan yang ada untuk memperkenalkan GDW Laklok di arena maya.. Walau di mana anda berada, sudi-sudikanlah untuk menjenguk blog ini seadanya.. dan dengan tangan terbuka, saya mengharapkan komen-komen dari anda untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada..

"Let's begin the thousand miles with the first step"..