Wednesday, 12 December 2012

PROGRAM RENTAS KAMPUNG RADIO MALAYSIA KELANTAN FM (RTM) DENGAN KERJASAMA GDW LAKLOK



Program Rentas Kampung Radio Malaysia Kelantan FM dengan kerjasama GDW Kampung Laklok, Machang telah diadakan pada 08.12.2012. Program tersebut turut dihadiri oleh Dato' Pengarah Kelantan FM iaitu Dato' Sayuti Bin Moktar, DJ Radio Kelantan FM dan kru RTM. Antara aktiviti yang diadakan adalah perlawanan bolasepak 8 sebelah antara cawangan peti undi Kampung Bunut iaitu Kampung Laklok, Kampung Bunut, Kampung Berangan Mek Nab dan Kampung Banggol Kulim. Acara bolasepak berkonsepkan tradisional juga turut diadakan iaitu campuran antara remaja dan vateran dengan berpakaian kain pelikat. Tujuan utama program tersebut adalah untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada penduduk miskin, OKU serta orang sakit chronic terlantar.

Antara peserta bolasepak berpakaian tradisional , bergambar besama-sama pelawat.

Lawatan dan pemberian sumbangan kepada penduduk miskin.

Friday, 30 November 2012

Bubur Asyura


.   
Sejak dahulu hingga kini, masyarakat di Kampung Laklok, Machang tidak pernah ketinggalan menganjurkan aktiviti mengacau bubur Asyura bagi mengeratkan lagi hubungan antara keluarga serta penduduk kampung. Semangat dan komited penganjur membuatkan aktiviti tersebut tidak pernah gagal, malah penglibatan orang muda juga memeriahkan suasana. Mengacau bubur Asyura memerlukan kesabaran kerana memakan masa sehingga 8 jam, namun semangat gotong royong dan bekejasama dapat dilihat. Tidak kira lelaki, wanita ataupun kanak-kanak semuanya berganding bahu menyiapkannya

Monday, 29 October 2012

Konvoi Piala Malaysia 2012

 Bergambar bersama penyokong ATM

  Bergambar sebelum menyaksikan perlawanan bermula.



 Sorakan kemenangan TRW....

Bagi memberi sokongan kepada The Red Warriors, peminat-peminat sukan bolasepak dari Kampung Laklok, Machang tidak ketinggalan untuk berkonvoi ke Stadium Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 pada 20.10.2012.
     Kami bertolak pada 19.10.2012 ( hari Jumaat). Sepanjang perjalanan pergi dan pulang seolah-olah perayaan bagi peminat-peminat sukan bolasepak. Terasa kemeriahan berkonvoi dengan pelbagai ragam penyokong. Disana, kami semua menumpang dirumah sanak-saudara yang tinggal di sekitar Shah Alam.
    Segala penat lelah mengharungi perjalanan melebihi 7 jam, akhirnya terbayar dengan kemenangan Treble bagi pasukan The Red Warriors.


Sejarah Pokok Jenerih Keramat Berusia 200 Tahun


SEJARAH POKOK JENERIH KERAMAT 

BERUSIA 200 TAHUN






     Bahawasanya dipertuturkan dari mulut ke mulut sejak dahulu kala lagi ( Generasi ke generasi) dikatakan Pokok Jenerih Keramat ini dijadikan tempat pemujaan, jampi serapah dan tempat Pemasongan jin, iblis, syaitan serta hantu jembalang yang jahat dan khianat kepada manusia.
     Pemasongan makhlok halus ini dengan menggunakan paku panjang oleh bomoh-bomoh yang masyhur setelah sehari mengubati pesakit. Paku Panjang adalah senjata utama untuk Pemasongan.
     Kesan tikaman pada pokok ini telah membentuk bengkak-bengkak dan bonggol-bonggol dibatang pokok yang mana dapat dilihat sehingga sekarang.

Wednesday, 3 October 2012

PROGRAM GERAKAN PENGHAYATAN 1 MALAYSIA BERSAMA KOMUNITI DAERAH MACHANG 2012

 Produk-Produk Pertanian.



 DJ Kelantan FM.

 Seloka Bersahut Bersama DJ Kelantan FM

 Johan Pertandingan Bintang Patriotik.

 Sukan Rakyat.

Program Gerakan Penghayatan 1 Malaysia Bersama Komuniti 1 Malaysia Daerah Machang 2012 telah diadakan di Kampung Laklok, Machang pada 6 Julai 2012. Program ini telah dirasmikan oleh YBHG Dato' Dr. Rothiah Binti Omar, Timbalan Ketua Setiausaha Penerangan, Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program ini seperti derma darah, anggota Polis bersama komuniti, sukan rakyat, pertandingan karaoke Bintang Patriotik, seloka bersahut (DJ dari Kelantan FM), pameran serta penjualan hasil produk pertanian kampung dan sebagainya.Program ini mendapat sambutan daripada penduduk setempat dan kampung-kampung yang berhampiran serta seluruh Daerah Machang.

Tuesday, 25 September 2012

Aktiviti Kami

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Kg.Laklok......
1) Pertandingan Bola Sepak Campuran..









2) Sukaneka....


3) Pertandingan Mewarna Tadika Kemas







PENCAPAIAN KAMPUNG LAKLOK SEBAGAI KAMPUNG TRADISI SEMPENA PERTANDINGAN KECERIAAN MERDEKA PERINGKAT KEBANGSAAN 2012.




GDW LAKLOK MUNCUL JOHAN KAMPUNG TRADISI


     Kampung Gerakan Daya Wawasan (GDW) Laklok, berjaya memenangi tempat pertama dalam kategori Kampung Tradisi dan Pintu Gerbang dalam Pertandingan Keceriaan Merdeka Peringkat Negeri Kelantan 2012.
     Pengerusinya, Tengku Ghazali Tengku Jusoh berkata, kejayaan tersebut menjadi pendorong kepada penduduk kampung, untuk terus bekerja keras bagi sama-sama membangunkan kampung.
     Pertandingan seumpama itu bukan sahaja mampu menggalakkan penduduk menceriakan kampung, juga mampu memberi pendedahan mengenai pelbagai aspek kepada orang ramai.
     Hubungan yang erat antara masyarakat dan kakitangan kerajaan melalui penyertaan pertandingan seumpama ini mampu mengubah pandangan dan membuka minda penduduk.
     "Saya berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu kejayaan ini. Kami tidak akan berhenti disini, sebaliknya akan terus bekerja keras pada masa akan datang", katanya selepas Majlis Malam Anugerah Pertandingan Keceriaan Merdeka dan Malam Media 1 Malaysia Peringkat Negeri.
     Hadiah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapa.
     Tengku Ghazali berkata, penglibatan dalam pelbagai pertandingan banyak membantu memajukan penduduk dan kampung tersebut. Penduduk mula mengusahakan tanaman organik, terlibat dalam industri kecil dan ringan serta banyak lagi program dalam usaha menambahkan pendapatan.

Pintu Gerbang Bertema

Inilah pintu gerbang yang telah diiktiraf sebagai Johan Pintu Gerbang Bertema Kebangsaan peringkat Negeri Kelantan..


Saturday, 22 September 2012

hot from the oven



Baru- baru ini, kampung ini telah dinobatkan sebagai Johan Kampung Tradisi sempena Perayaan hari kemerdekaan kali ke 55 peringkat negeri Kelantan.. Alhamdulillah, berkat usaha dari semua warga Laklok tak kira kecil besar, tua dan muda..

NEGARAKU..... TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.......


Selamat Datang ke kampung kami..



Di Mana Lokasi GDW Laklok?

GDW Laklok terletak di KM 52 Jalan Kuala Krai-Machang-Kota Bharu.. Antara landmark kami yang terkenal ialah Pintu Gerbang yang gah berdiri di laluan utama masuk ke kampung ini..
kampung ini juga terletak lebih kurang 1 kilometer dari SK Kampong Pek dan Restoren Hj Ramli atau sekarang ini dikenali sebagai Mee Kampong Pek (induk)..

Mukaddimah

Assalamualaikum wbt....
Selamat datang ke blog GDW Laklok..
Tak kenal maka tak cinta..Mungkin itulah perumpamaan yang paling tepat untuk kita mulakan salam perkenalan pada semua yang sudi menjenguk blog ini..

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya blogger baru belajar,
Komen anda saya harapkan..

Mungkin masih ramai lagi antara kita yang masih belum mengenali kampung ini.. Dengan Teknologi tanpa sempadan pada hari ini, kita gunakan sepenuhnya kemudahan yang ada untuk memperkenalkan GDW Laklok di arena maya.. Walau di mana anda berada, sudi-sudikanlah untuk menjenguk blog ini seadanya.. dan dengan tangan terbuka, saya mengharapkan komen-komen dari anda untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada..

"Let's begin the thousand miles with the first step"..